بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
السلام عليكم ورحمة الله
Rase geram je bila tengok saudara2 kita yang berada pada pihak yang betul ni kena bidas, kena bunuh dengan tentera. Rasa nak belasah semua tentera2 Mesir tu. ish.!! Jadi ninja pastu bunuh semuanya senyap2. *NINJA.!? huargh~ mengarut je, childish~ *
Today's post -------> !!~ Setelah sekian lama meninggalkan blogku bersawang~!!
Hoiyaaa.!! lama dah x dok ngadap blog saya ni.. Sian dia . Terbiar macam tu je. Maaf ye blogku. *dah, mengarut pulok dah*
Macam biase lah , alhamdulillah dah lepas rejab , syaaban and ramadhan.. And now Syawal yoo.!! raya , raya.! Semua orang dok sibk raya sana-sini , baju raya warna apa bla bla blaa~Tapi kesian kat saudara2 muslimeen dan muslimat di Mesir.. Diorang ni bulan2 syawal tak macam kita, diorang sibuk dengan demonstrasi,, pergaduhan , perbalahan. Kena seksa dengan askar2 rejim. Ramai yang dibunuh and syahid. Kesian diorang . Tgok nih ade sikit gambar apa yang jadi kat sana.
ya Allah ,, nauziubillahi minzalik ---->
what the.!? seriously.!?---->

Banyak lagi yang jadi kan sebenarnya ,, taknak tunjuk semua gambar. Explore laa sendiri.! hee~
Presiden Morsi pulak tengah dalam tahanan .. Kita pulak tak mampu nak join diorang berjihad lawan tentera kat sana. So kita bantu lah mereka2 ni dengan doa.. Itu saja yang kita mampu buat masa skarang ni.. Jangan lupa setiap kali lepas solat doakan saudara2 kita kat Mesir tu sekali yo.!
Ni Pesanan Presiden Morsi :
*siapa yang rajin baca lah , kalau malas nak baca , tak payah. peace.!*
Saya berpegang teguh dan sabar ( dalam perjuangan) sehingga titisan darah yang terakhir. Saya menekankan bahawa saya adalah presiden yang sah dan berhak untuk memerintah Mesir kerana saya dipilih rakyat melalui pilihanraya yang sah. Saya meminta semua penyokong saya supaya bersabar dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan semua hak kalian menurut perlembagaan yang telah kita persetujui.
Saya meminta semua penyokong untuk terus berhimpun dengan aman dan mengelakkan pergaduhan yang dicetuskan oleh sisa-sisa kerajaan yang lepas( kerajaan sementara Mesir yang dipelopori menteri-menteri Mubarak)
Saya bersumpah berpegang teguh dan sabar ( dalam perjuangan) sehingga titisan darah yang terakhir.Apa yang akan berlaku kepada diri saya adalah qada dan qadar Allah untuk membezakan yang hak yang batil.Saya yakin bahawa penggulingan ini didalangi mereka yang berlakon di dalam kerajaan saya dan bekerjasama dengan Pembangkang Mesir untuk menjatuhkan saya. Saya tabik hormat akan penyokong saya. Saya kesal terhadap pembunuhan syuhada. saya menyeru kepada keluarga syuhada supaya terus berjuang engan aman walau apapun yang terjadi.
Sesungguhnya dialog yang ditawarkan kepada saya hanyalah cubaan untuk untuk mengosongkan medan-medan penyokong saya serta menuntut saya untuk menerima kompromi status quo. Saya mengulangi pendirian untuk menolak dialog bersama junta.
Saya meminta kepada penyokong saya supaya tidak bimbang mengenai saya. Saya berharap agar keluarga syuhada supaya bersabar.
Saya tidak menyesal bekerjasama dengan tentera sejak tahun lalu ( di dalam kerajaan Morsi), serta tidak menyumbatkan mereka di dalam penjara serta tidak menyekat suara mereka serta saya redha akan ketentuan Alla
وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ
Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(surah yusuf: 21)
Ok dah,, ni je la kot untuk post kali ni .. Until later.!! Thanks for Reading.!!
|| Jazakallahu Fikum Reader.!! ||
## Barakallahu Lakum~##
No comments:
Post a Comment