Friday 30 January 2015

[ setelah sekian lama ]


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah.. alhamdulillahi robbil 'alamin allah telah memberikan kita semua dua nikmat yang terbesar dalam hidup iaitu nikmat iman dan islam... alhamdulillah~


Huishh,, lama dah rasanya tak update blog ni.. dah bersawang berhabuk berlumut dah.. *ok tu ngarut~ ==" bukannya taknak update tapi macam xde masa. Cehh.. alasan je sebenarnye, allah bagi setiap orang adil 24 jam. pandai2 kita la macam mana nak susun masa kita kann.. :)

      
 Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam:
نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ
“Dua nikmat yang sering dilupakan kebanyakan daripada manusia; kesihatan dan kelapangan.” (Riwayat al-Bukhari)

Alhamdulillah la SPM dah tamat.. dah lama dah pon tamat. Hee~ 25/11/2014. 

Jadi lepas habis je exam haritu seminggu duduk rumah berehat-rehat melepaskan rindu pada MamaAbah tercinta.. =D then saya pon gerak keluar ke jalan allah untuk usaha atas iman dan amal ataupon kat malaysia ni lebih dikenali sebagai "Jemaah Tabligh" laa.. saya akan ceritakan pengalaman berada dalam jemaah pada entri akan datang insyaallah.. 

Post kali ni just nak buat pemanas jari je.. hehe. maklum laa kan orang dah lama tak menaip panjang-panjang.. kang takut cramp pulak kang jari2 yang comel yang allah bagi pinjam ni haa. heee~  n_n" *astaghfirullahal'azim awad

Terima kasih la kepada kawan-kawan yang berjaya "menarik" saya untuk kembali menulis dalam dunia blog ni.. xie xie ni~ jazakallah~ =D jadi ni je la kot untuk sesi pemanas jari ni.. saya tinggalkan korang dengan sedikit nukilan untuk dibaca dan dihadam. Assalamualaikum.!! Peace.!                                            

KU DAN SAHABAT
*sahabat merujuk kepada para sahabat Rasulullah SAW

Sahabat sikit makan…

Aku sikit-sikit makan

Sahabat sikit tidur…

Aku sikit-sikit tidur

Sahabat sikit cakap…

Aku sikit-sikit cakap

Sahabat sikit marah…

Aku sikit-sikit marah

Aku……

Aku sikit sembahyang…

Sahabat sikit-sikit sembahyang

Aku sikit berdoa…

Sahabat sikit-sikit berdoa

Aku sikit taubat…

Sahabat sikit-sikit taubat

Sahabat suka tahajud…

Aku selalu terkejut

Ya Allah…

Ampunilah aku atas kebodohanku…

Atas kekhilafanku…

Atas kelalaianku