Sunday, 18 October 2015

[ Permulaan Perjalanan Baru ]



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ





Waeyooo ! ! ! 
Da lama sangat dah tak tulis blog ni. Mungkin sebab dah malas kot nak tulis panjang-panjang , and of course sebab dah busy dengan study apa semua, Well~ I'm a college student now. hikhik. *eh, ke dah takde idea Awad nak menulis ? 

Tergerak plak jari nak click kat blog AngryBird ni haritu.. Bile tengok balik it's like "pakk ahhh lama gila dah tak update blog niiii"---rujuk emoticon. 
*takyah nak beria sangat kot. -,-" 

[ last entry March lepas kot   ]

Ok lah ok lah , setelah hampir 7 bulan berlalu sejak last entry , Saya kini seorang mahasiswa. yeahh~ Alhamdulillah. Allah tetapkan tempat dan course yang terbaik untuk diri ini. Sekarang dah habis dah pon sem 1. Actually ini lah for the first time in my life saya rasa seronok gila belajar , walaupon ianya agak susah and saya x power sangat pon ,, but it feels like heaven. 


Betul la dulu senior-senior kata "kau nak belajar ni jangan ikut orang. Ikut pilihan hati kau sendiri . Bila kau buat benda yang kau minat , walaupon failed , kau tetap rasa awesome."

Ye, saya akui dulu time SPM memang bukan belajar atas keinginan sendiri . Time SPM memang fikir "SPM ni untuk parent aku yang dah susah payah abiskan duit diorang hantar aku ulang alik sekolah daripada kecik sampai umur 17"

Tapi sekarang dah sedar . Belajar ni bukan untuk kejar sijil , tapi untuk kejar redho Allah. Sebab apa saya kata macam tu? Sebab Ilmu yang bermanfaat dicampur dengan niat yang betul pasti akan membawa kita lebih dekat kepada Allah. Sekarang ni tengah belajar-belajar untuk ikhlaskan diri , belajar untuk niat dalam hati belajar kerana Allah , kerana Ummah. Kita kan pemuda Islam bakal pemimpin negara kelak. Kalau bukan kita , nak harapkan siapa lagi?

Oh ye , and I'm currently studying [ study+dying ] :-D at Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) which is located dekat dengan Masjid Abu Bakar Johor Bahru and Zoo Johor. Alhamdulillah dapat study katsini. Lecturer memang power-power. Program ilmiah memang setiap minggu ada. And of course sebab dapat kawan-kawan yang masyaallah hebat-hebat semuanya. okey ! 2 November ni kita naik sem 2. Let's go for 4Flat guys !



Ya Allah,, Tetapkanlah yang terbaik dan yang paling sesuai untukku ya Rabb.*
#Readers semua doakan la yang terbaik utk saya#

K, That's All. . Thanks For Reading.!!
|| Jazakallahu Fikum Readers.! ||

Tuesday, 24 March 2015

[ At Last~ wow !! ]

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله

blogger-emoticon.blogspot.com
yeahhh.!! Life as a lifeless person. 

Fiuhhh... already 22 days after SPM result I guess... Sekarang baru nak post pasal result spm.. Al-maklum laa.. Duduk rumah ni kerja nak ngadap game jee.. mana ada masa untuk isi pakcik blogspot nii... Maaf~



hah.! Tadaaa.!!! xde edit ehh. Ori punya ni. :-D just a bit white line to cover up the IC number~
[ alhamdulillah ,, My slip of the year.. ] 


Firstly. Syukur ,, syukur ,, syukur Kepada Allah SWT laaa of course. Ye lah ,, tak sangka kot bole dapat result macam ni. Kalau ikutkan usaha , rasanya kawan2 lain punya usaha lagi hardcore. Belajar malam sampai pagi. *shh.!! x bole cakap mcam tu awad. tak baik. Jangan banding membanding.



Terima kasih jugak la pada cikgu-cikgu... Tak sia-sia selalu kena diri dalam kelas. Diri atas kerusi and pernah jugak capai tahap tertinggi... Kena diri atas mejaa wooo~,, kipas x jauh daripada kepala pulak tuu.. Paling hardcore kena lompat katak ramai kat dataran sekolah... Da la orang kelas lain nampak.. malunyaaaa~


Jasa kawan-kawan ,, cikgu-cikgu ,, parent ,, Abang Akak Makcik DM ,, Makcik Pakcik cleaner sekolah ,, AbangAkak Pembantu Makmal... huuuu~ memang takkan berjaya kalau tak kerana komitmen mereka semua dalam menjalankan tugas.. Xie xie ni men... Arigato Gozaimasss.. Syukran Jazilannn...


And so dah dapat result ,, alhamdulillah. Pastu balik buat la apa yang patut kannn,, Tengok2 scholarship laa apa laa.. Tapi macam tak minat je nak sambung study dalam sains matematik. Scholarship plak banyak kat bahagian tu. Tak kisah laa. Last2 ambil lah course berkaitan Agama.. Sebab itu subjek yang paling minat kat sekolah dulu. Pendidikan Syariah Islamiah (PSI).. ustaz naufal the best.!!

And sekarang tengah tunggu laaa ape semua2 tu.. May Allah ease everything .. Currently dalam proses untuk JPJ ... Interview Darul Quran.. Doakan saya lulus dengan cemerlang dalam semuanya.!! 

imageok. i think that's enough for the entry. panjang2 nanti jadi malas pulak nak baca kan.. Author sendiri pon malas nak baca balik nanti. Gambar pon x banyakkk~ hambarrrr~ malas~ haha...  sama je macam ni --------------------> =)


Ya Allah,, Tetapkanlah sekolah yang terbaik dan yang paling sesuai untukku ya Rabb.*
#Readers semua doakan la yang terbaik utk saya#

K, That's All. . Thanks For Reading.!!
|| Jazakallahu Fikum Readers.! ||

Sunday, 22 February 2015

[ pon pon.! Tumpang lalu.! ]

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله

Assalamualaikumwarahmatullah semua!
Anda ingin mendapatkan barangan sunnah? Izinkan pihak kami membantu anda. Antara barangan yang kami sediakan adalah minyak Attar , tasbih , kain serban , kain rida' dan miswak.
Kami juga ada menyediakan jualan secara pakej iaitu 'GOLDEN PACK' dan 'STARTER PACK'..
Insha Allah. For further information, you can pm our page or kindly whatsapp bro Muhammad. Contact - 0177446377
p/s : harga "SUPERmurah.!" untuk pembelian secara borong oleh pihak BADAR sekolah-sekolah di Malaysia. Promosi terhad hanya sehingga 1 March 2015.!!
" Let us work together to spread the sunnah. Semoga semua usaha kita diberkati allah.!! "


Friday, 30 January 2015

[ setelah sekian lama ]


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah.. alhamdulillahi robbil 'alamin allah telah memberikan kita semua dua nikmat yang terbesar dalam hidup iaitu nikmat iman dan islam... alhamdulillah~


Huishh,, lama dah rasanya tak update blog ni.. dah bersawang berhabuk berlumut dah.. *ok tu ngarut~ ==" bukannya taknak update tapi macam xde masa. Cehh.. alasan je sebenarnye, allah bagi setiap orang adil 24 jam. pandai2 kita la macam mana nak susun masa kita kann.. :)

      
 Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam:
نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ
“Dua nikmat yang sering dilupakan kebanyakan daripada manusia; kesihatan dan kelapangan.” (Riwayat al-Bukhari)

Alhamdulillah la SPM dah tamat.. dah lama dah pon tamat. Hee~ 25/11/2014. 

Jadi lepas habis je exam haritu seminggu duduk rumah berehat-rehat melepaskan rindu pada MamaAbah tercinta.. =D then saya pon gerak keluar ke jalan allah untuk usaha atas iman dan amal ataupon kat malaysia ni lebih dikenali sebagai "Jemaah Tabligh" laa.. saya akan ceritakan pengalaman berada dalam jemaah pada entri akan datang insyaallah.. 

Post kali ni just nak buat pemanas jari je.. hehe. maklum laa kan orang dah lama tak menaip panjang-panjang.. kang takut cramp pulak kang jari2 yang comel yang allah bagi pinjam ni haa. heee~  n_n" *astaghfirullahal'azim awad

Terima kasih la kepada kawan-kawan yang berjaya "menarik" saya untuk kembali menulis dalam dunia blog ni.. xie xie ni~ jazakallah~ =D jadi ni je la kot untuk sesi pemanas jari ni.. saya tinggalkan korang dengan sedikit nukilan untuk dibaca dan dihadam. Assalamualaikum.!! Peace.!                                            

KU DAN SAHABAT
*sahabat merujuk kepada para sahabat Rasulullah SAW

Sahabat sikit makan…

Aku sikit-sikit makan

Sahabat sikit tidur…

Aku sikit-sikit tidur

Sahabat sikit cakap…

Aku sikit-sikit cakap

Sahabat sikit marah…

Aku sikit-sikit marah

Aku……

Aku sikit sembahyang…

Sahabat sikit-sikit sembahyang

Aku sikit berdoa…

Sahabat sikit-sikit berdoa

Aku sikit taubat…

Sahabat sikit-sikit taubat

Sahabat suka tahajud…

Aku selalu terkejut

Ya Allah…

Ampunilah aku atas kebodohanku…

Atas kekhilafanku…

Atas kelalaianku


Sunday, 1 June 2014

[ KOT is ours once more.!! ]

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله


22 - 25 MEI - KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN ISKANDAR

Yah.! KOT tiba lagi , tapi tahun ni dibuat lebih awal , katanya supaya naik cuti nanti budak2 form 5 semua tinggal struggle untuk SPM je. Dah toksah pikir2 pasal sukan or koko lagi dah. Kot laa. *harapnya semua P-E 1014 akan strive for the excellent for SPM , straight 9A+ , 10A+ and 11A+ insyaallah. Allahuma amiin amiin~

macam biasa laa,, saya bagi gambar2 je.. tak payah tulis banyak2 pon orang dah bole faham , sometimes we gotta let the pictures tell us the story..    *ye ke? 


 [ semua rumah kumpul dulu dekat dataran sekolah ( Dataran Seri Integrasi ) ]
 || biru - Informatique *tapi kitorang sebut "anformatique" || || kuning - Education || || hijau - medecine *kitorang selalu sebut "medsa" || || merah - Ingenierie || *abaikan yang baju oren tu , tu budak2 yang kehilangan baju rumah. termasuk saya. hehe~


[ macam biasa , stretching dulu... ]

 [ pasukan cheers Info.!! Mantapp woo gaya hindustan diorang , daripada awal sampai habis orang gelak je,, Adat info , kalau cheers je mesti buat orang gelak.. ape2 pun tahniah la kat form2 Info menang cheers naib johan. go Info.!! yeah.! ]


[ PKR and the Maskot , Squidward Tentacles~ ,, simple sangat maskot ]

 [ Tarik tali ,, ULTRAS ( gabungan Edu + Medsa + Inge ) versus Team Info.! Acara yang paling kemuncak dan bersejarah di sekolah ..  ganabatte kudasai.!! ]
 [ waduhhh..!! penat lepas tarik tali , baju pon kotor~ *choii poyo ah. ]

[ and the result for the ultimate tug-a-war match between The Ultras and Team Informatiquee,, The Champion is ~~~~     Tadaaaa.!!
info.!! yeay.! alhamdulillah..






[ The Last Result ]

 [ yeay.! 4 tahun berturut-turut kami pegang title champion KOT , Alhamdulillah~ ]

[ Form 5 info.! da tahun last dah rupanya kat Iskandar , farewell KOT~ ] 


LAST BUT NOT LEAST :
TAHNIAH SEMUA.!!

| | dah , kbye.! Jazakallahu Fikum readers.!! | |
 peace yo.!

Thursday, 29 May 2014

[ Persidangan Akhir Da'ie 1014 ]

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 

السلام عليكم ورحمة الله


MAY - PERSIDANGAN AKHIR BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN SM SAINS SULTAN ISKANDAR 

[ Lepas Solat Isyak , Ahli-ahli Badar1014 Iskandar pon masuk laaa Dalam Bilik gerakan ni, maka bermulalah persidangan terakhir Da'iee untuk 2014 ]

 [ Muhammad Azhar Bin Zulkarnain (Amir kami )  ## terima kasih kerana telah memimpin kitorang selama kita berada dalam satu organisasi a.k.a keluarga berbagai ragam ni   ## .. ]

[ Nurnabilahtummunawarah binti Arshad ( Amirah kami ) ## *ayat nye sama macam yang Azhar punye ,, hehe..  terima kasih jugak.!! ## ]

[ eh , seywa kenapa ? ]

 [ rehat kejap , makan~ baca al-mulk~ amik angin~ hehe.. ]
sempat lagii~


akan dirindui
[ Dan ia berakhir pada jam 2:00am kalau x silap. *lama gile wooo~!! ]

Sampai disini saja khidmat dan jawatan kami di sekolah , lepas ni Tugas kamu Badar LOL 1115 untuk meneruskan agenda Badar Sm Sains Sultan Iskandar.. Jawatan Dilepaskan , Namun Tanggungjawab Jangan Sesekali Dilupakan...

| | dah , kbye.! Jazakallahu Fikum readers.!! | |
 peace yo.!